MIMI ATHIRAH

Khamis, 31 Januari 2013

ASSALAMMUALAIKUM ツ







Hai everybody ! Ya Allah , Lama mimy menyepikan diri . 
Sorry sangat2 sebab banyak benda yang nak kena selesaikan . Allhamdulillah . . Setelah penat berfikir dan memikirkan cara2 nya akhirnya dapat juga jawapannya  

Mesti you all nak tahu kan ape yang mimy nak ceritakan kali nie . . heehee ..
Nie cerita pasal pengalaman mimy bila berhadapan dengan orang suka salah faham dengan status kita di FACEBOOK / TWITTER .

Masalah mereka yang suka salah faham dengan status kita pown jadi masalah jugak kan ? Biasalah manusia mana ada yang buleh hidup tanpa cari salah orang kan ? Mimy harap kawan-2 mimy tak marah dengan status yg mimy update tiap-2 ari tuh .

Mimy cuba berdakwah dan mimy cuba mekuaskan dakwah dengan pelbagai cara . Sebab Mimy tengok ramai anak-2 sekarang yang tahu hukum agama tapi mereka ketepi kan agama semata-2 nak hidup enjoy . Rasa nya tak perlulah nak tolak hukum Allah , sebab hukum Allah ada kebaikan untuk kita kan ? Mimy berdakwah  kerana Allah semata-2 , bukan nak menunjuk-2 dekat sape-2 pown , dan mimy harap sangat2 kawan-2 mimy akan berubah ke arah kebaikan dari hari ke hari . Jangan Putus asa dengan penghijrahan kita tuh . Biarlah apa orang nak kata . yang penting apa yang kita lakukan hanya kerana Allah . Ingat Bukan untuk memikat jejaka /  gadis yang soleh mahupun solehah . Satu lagi yang Mimy nak pesan dekat sahabat-2 mimy semua , Jangan pernah nak berpatah balik ke Zaman Jahiliyyah kita atau masa silam kita .
Lastly , Jangan Cakap Orang Yang Baik nie tak ada kisah silam sebelum berubah atu penghijrahan mereka . Tipulah kalau mereka cakap tak ada kan ? Setiap Manusia pernah melakukan kesalahan pada masa lalu .

One More Biarlah Apa Yang Orang Nak kata , Asal kita dapat keredhaan dari Allah s.w.t . Itu adalah yang Terbaik dan Penting dalam hidup kita .



Sincerely : MimyTyra.


Jumaat, 28 Disember 2012

Anugerah Allah


Kita Manusia adalah anugerah Allah . Kita Juga Anugerah Allah untuk Mak Ayah kita . Kita merupakan sesuatu yang sangat berharga buat mereka :) setiap manusia di anugerahkan dengan pelbagai rupa . sebab Allah mencipta kita dengan pelbagai rupa supaya kita tak rasa jemu melihat wajah2 yang beebeza :)

Allah Maha Adil . Bersyukur lah atas anugerah yang di kurniakan . jangan nak merungut saje .
ingat Allah cipta kita dah cukup elok indah tawo ? Allah lebih tawo apew yang terbaik untuk kita .

Dah terlalu ramai ana tengok orang merungut2 pasal kecantikkan yang ada pada diri mereka .
Asstaghfirullah . sedih ana melihat dan mendengarnya . Antum semua tak pernah bersyukur dengan
keindahan yang Allah anugerahkan dekat antum semua. cuba antum semua fikir kan kalau antum cantik tapi diri antum lupa dan lalai terhadap Allah s.w.t tetap tak akan ada NUR di wajah antum . Ingat Allah lebih tawo ape yang terbaik untuk kita .

 Bersyukurlah dengan apa yang kita ada pada hari ini . Insyallah , hidup kita akan merasai puas dengan apa yang kita ada jika kita sentiasa bersyukur .

Selasa, 4 Disember 2012

ASSALAMMUALAIKUM .

KENAPA HARUS LABUH ?



Hye Semua . Kenapa Harus Bertudung labuh ? Antum Nak tawo tak ?
Sebenarnya bertudung labuh nie rasa lebih selamat dari biasa .
Sebab di sebalik tudung labuh nie ada perlindungan 
ALLAH yang LUAR BIASA .

Lagi pown dalam Islam memang wajib kan seorang wanita Islam 
menutup auratnya dengan sempurna .Tudung labuh nie sebenarnya dapat 
mengelakkan dari segala perkara yang boleh menyumbang  pada kemaksiatan . 
Sebab sekurang-2 nya bila lelaki memandang antum bukan dengan nafsu tetapi mereka memandang 
antum dengan rasa hormat . Allhamdulillah setiap owang di beri kan peluang untuk berubah .
Allah maha penyayang lagi mengasihani . 

Ayuh semua . . Tinggal kan apa yang dilaknat ALLAH . 
dan laksanakanlah perintah ALLAH .
Sesungguhnya ALLAH MAHA PENGAMPUN .

Isnin, 3 Disember 2012

ASSALAMMUALAIKUM .

SELALU LAH BERPANDANG KEBAWAH !



Sedar tak sedar dah masuk Sem Dua .Hehe . Walau pown macam tak pecaya yang usia semakin meninggkat ,tapi itu larh hakikat yang sebenarnya :) Tapi Hari nie ana dapat pointer untuk Sem Satu hari tuh .
Allhamdulillah , pointer ana boleh lagi untuk meneruskan perjuangan dalam mempelajari ilmu Allah .
Walau pown pointer yang ana dapat tak larh sebeberapa tapi akan terus berusaha demi mencapai apa yang ana idamkan . Biarlah apa owg nak cakap kan .

Teringat pada Hadis  Daripada Abu Hurairah r.a , Katanya Rasulullah s.a.w bersabda :

" Sesiapa yang menempuh suatu jalan untuk mencari ilmu pengetahuan di situ , maka Allah akan mempermudahkan baginya suatu jalan untuk menuju ke Syurga ."


Kita Sebagai manusia tak pernah langsung berpuas hati dengan apa yang kita ada .Kita selalu mengeluh begini larh , begitu larh , ada saja yang tak kena dengan hidup kita . kita kena selalu memandang owg yang lebih bawah daripada kita . Jangan selalu memandang owg yang lebih atas daripada kita , kalau kita pandang pada yang bawah Insyaallah akan wujud perasaan bersyukur atas nikmat NYA tapi jika kita terlalu Asyik memandang owg yang lebih atas daripada kita memang kita tak akan pernah bersyukur dengan nikmat ALLAH S.W.T .

Orang yang sentiasa bersyukur  ialah mereka yang sentiasa memandang pada kekurangan yang mereka miliki  dengan menganggap itu adalah kelebihan bagi mereka . Kadang2 ana juga seperti antum , selalu mengeluh dengan diri ana sedang kan ana dah tawu bila mengeluh kita memang tidak bersyukur dengan apa yang ALLAH anugerahkan . Asstaghfirullahhallazim :'(

Kita hanya lah hamba Allah yang lemah dan tidak punya apa-2 . Setiap kelebihan yang kita miliki hanya lah milik NYA . Semua ini hanya lah pinjaman yang ALLAH anugerahkan 
untuk kita yang sentiasa tidak bersyukur . :'(

Ya Allah , Jauhilah daripada kami semua sifat tidak bersyukur  kepada 
Nikmat NYA . Nauzubillahminzalik . :'(

Ahad, 2 Disember 2012

ASSALAMMUALAIKUM


SELESAKAH BERPAKAIAN BEGINI ?



"Tak Panas ke Pakai tutup sana , tutup sini . Tak Panas ke ? "
"Waahhh ! Labuh nya tudung , siap boleh buat kain selimut lagi ! "




Memang selalu kyte dengar owg akan bertanya dan bercakap kan macam tuh kan ? 
itu sudah menjadi Lumrah kehidupan kyte . Bila ada yang hendak berubah kerana Allah
mula lah owg-2 di sekeliling akan memandang serong . Pada hal mereka masih ta sedar ,
yang dunia ini  hanya lah sementare , tak akan ada sesiapa pown yang dapat hidup selama-2 nya
dekat atas muka bumi HAK MILIK KEKAL ALLAH S.W.T .




 Sebenarnya ana pown dulu macam kamu jugak . Bab hukum hakam agama 
ambil ringan ,apa yang ditegur ana akan mengangap itu hanyalah membuang masa .
Apa yang ana kejar dulu semua nya ana anggap indah belaka , walhal ana tidak pernah sedar yang pintu neraka sentiasa terbuka untuk mereka yang tidak menutup aurat , untuk mereka yang sengaja mempamerkan diri atau susuk badan mereka untuk lelaki ajnabi .Asstaghfirullah :'(
Allhamdulillah . . pada 11/6/2012 . ana mendapat tawarn masuk ke Kolej Islam . 
Pada mula nya berat hati nak pegi , sebab masa tuh ana sambung belaja di Form 6 , tapi setelah fikir masak2 ana sedia terima sebarang perubahan diri ana bila masuk ke kolej nanti . Allahmdulillah setelah berada di kolej untuk beberapa minggu , terasa ingin menutup aurat dengan sempurna . Mendapat sokongan kuat Dari kawan2 seperjuangan yang membuat kan ana kuat sebegini . walau pown hakikatnya berat untuk terima perubahan . 




Ana  Yakin ramai perempuan diluar sana tawu hukum menutup aurat adalah wajib bagi mereka yang telah baligh dan merupakan perintah Allah s.w.t .Sebenarnya tak panas pown pakai bertutup litup malah amat selesa berbanding terdedah sana ,terdedah sini . Bila Tutup aurat nie rasa macam diri kyte terlindung . Banyak kelebihan owang yang menutup aurat nie . Lagi pown haram menjawab tidak sampai seru untuk menutup aurat . 
Wahai Muslimat , ingat lah bila kyte menutup aurat kyte sudah pasti kyte akan terlindung dari perkara-2 yang boleh menyumbang ke arah maksiat . Muslimat tutuplah aurat kamu walau macam mana sekali pown , bukan membalut nya . Aurat kyte hanya untuk mereka yang mahram dan suami kyte sahaja .Biarlah kyte nampak selekeh didunia dan dimata owg ramai asal kan aurat kyte terjaga dan kyte nampak indah dimata Allah . Bila aurat terpelihara Allah pown sayang kyte . 




Dalam Al-Quran pown dah ada yang Islam menyeru supaya kyte menutup aurat .

"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (Surah Al-Ahzab:59)



 "Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya." (Surah An-Nur:31)





Ana berharap antum semua dapat berubah dan ana berdoa agar antum semua mendapat hidayah pentujuknya . Hidayah Allah harus di cari bukan biar ia datang sendiri . Allah Maha Pengamun Lagi Maha Mengasihani :)

Ahad, 25 November 2012





 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
hai Semua ... Apa khabar lame ta update blog . Dah berhabuk blog nie :D
maner nak sempat update blog sibuk dgn exam ajew , study2 jewk . huh .
penat daa .. tapi dapat cuti sem sebulan , bule rest kan diri dan dapat 
tambah kan amal ibadah sikit :') duk rumah kena larh rajin kan wt kejew .
heheee :p kalau tak siap larh :D hihihihihi .  terasa windu pulokk dkt kengkwn 
sekulah lame . hehe nak wt cm ner kan , dah pindah jauh macam nie larh 
cabaran hidup nya :') biarlah dowg jauh dimata tapi tetap dekat dihati :')