MIMI ATHIRAH

Ahad, 2 Disember 2012

ASSALAMMUALAIKUM


SELESAKAH BERPAKAIAN BEGINI ?



"Tak Panas ke Pakai tutup sana , tutup sini . Tak Panas ke ? "
"Waahhh ! Labuh nya tudung , siap boleh buat kain selimut lagi ! "




Memang selalu kyte dengar owg akan bertanya dan bercakap kan macam tuh kan ? 
itu sudah menjadi Lumrah kehidupan kyte . Bila ada yang hendak berubah kerana Allah
mula lah owg-2 di sekeliling akan memandang serong . Pada hal mereka masih ta sedar ,
yang dunia ini  hanya lah sementare , tak akan ada sesiapa pown yang dapat hidup selama-2 nya
dekat atas muka bumi HAK MILIK KEKAL ALLAH S.W.T .




 Sebenarnya ana pown dulu macam kamu jugak . Bab hukum hakam agama 
ambil ringan ,apa yang ditegur ana akan mengangap itu hanyalah membuang masa .
Apa yang ana kejar dulu semua nya ana anggap indah belaka , walhal ana tidak pernah sedar yang pintu neraka sentiasa terbuka untuk mereka yang tidak menutup aurat , untuk mereka yang sengaja mempamerkan diri atau susuk badan mereka untuk lelaki ajnabi .Asstaghfirullah :'(
Allhamdulillah . . pada 11/6/2012 . ana mendapat tawarn masuk ke Kolej Islam . 
Pada mula nya berat hati nak pegi , sebab masa tuh ana sambung belaja di Form 6 , tapi setelah fikir masak2 ana sedia terima sebarang perubahan diri ana bila masuk ke kolej nanti . Allahmdulillah setelah berada di kolej untuk beberapa minggu , terasa ingin menutup aurat dengan sempurna . Mendapat sokongan kuat Dari kawan2 seperjuangan yang membuat kan ana kuat sebegini . walau pown hakikatnya berat untuk terima perubahan . 




Ana  Yakin ramai perempuan diluar sana tawu hukum menutup aurat adalah wajib bagi mereka yang telah baligh dan merupakan perintah Allah s.w.t .Sebenarnya tak panas pown pakai bertutup litup malah amat selesa berbanding terdedah sana ,terdedah sini . Bila Tutup aurat nie rasa macam diri kyte terlindung . Banyak kelebihan owang yang menutup aurat nie . Lagi pown haram menjawab tidak sampai seru untuk menutup aurat . 
Wahai Muslimat , ingat lah bila kyte menutup aurat kyte sudah pasti kyte akan terlindung dari perkara-2 yang boleh menyumbang ke arah maksiat . Muslimat tutuplah aurat kamu walau macam mana sekali pown , bukan membalut nya . Aurat kyte hanya untuk mereka yang mahram dan suami kyte sahaja .Biarlah kyte nampak selekeh didunia dan dimata owg ramai asal kan aurat kyte terjaga dan kyte nampak indah dimata Allah . Bila aurat terpelihara Allah pown sayang kyte . 




Dalam Al-Quran pown dah ada yang Islam menyeru supaya kyte menutup aurat .

"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (Surah Al-Ahzab:59)



 "Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya." (Surah An-Nur:31)





Ana berharap antum semua dapat berubah dan ana berdoa agar antum semua mendapat hidayah pentujuknya . Hidayah Allah harus di cari bukan biar ia datang sendiri . Allah Maha Pengamun Lagi Maha Mengasihani :)